Sunday, May 23, 2010

kisah sebuah hati

hati bercerita,
tiba-tiba kurasa
seolah ada si dia,
mengetuk pintu kecilku.

hati bercerita,
tiba-tiba kurasa,
telahku ketemu,
dia yang lengkapi diriku.

hati bercerita,
tiba-tiba dalam jiwa,
seolah melihat ,
hanya ada dia dan aku.

hati lantas bertanya,
cinta, kamukah itu?

cinta lalu menjawab,
duhai hati,
kau umpama tanah,
aku umpama bunga,
untuk hidup padamu,
kuperlukan air dan baja,

namun, kau gersang duhai hati,
tak mungkin aku subur padamu!

hati bertanya lagi,
kalau begitu apakah ini, cinta?

cinta berkata,
duhai hati,
ketahuilah kamu,
aku punya lawan,
bisa menyamar diriku,
namun dia berbeza,
bagaikan kaktus,
mampu hidup di tanah gersang,
itulah nafsu!

awas duhai hati,
nafsu itu bagai api,
hanya mampu membakar,
tak mampu mengubati,
mengubah dirimu menjadi arang,
yang hanya mampu membakar lagi.

sedar duhai hati,
nafsu dan syaitan takkan pernah mahu berhenti,
ingin menguasai sekeping hati,
kerna kaulah raja diri.

dengar duhai hati,
siramkanlah dirimu dengan air iman,
bajailah dengan taqwa pada Tuhan,
supaya nafsu itu terus berlalu,
diganti cinta pada Ilah-mu.

itulah cinta andai kau mahu kenali,
cinta sejati hanya pada Rabbi,
menyuburkan tanahmu wahai hati,
menjadikan kau seorang pemberi,
memberikan buah dari bunga cinta Ilahi.

isnin
24 Mei 2010
10 Jamadil Akhir 1431
3.44 pagi.

Monday, October 5, 2009

I Wanna Be Somebody - Alarmme

Ku bertanya pada diri
Apa nak jadi bila besar nanti
Oh jawabnya I WANNA BE SOMEBODY

Bila ku sedar kemampuan
TAK SEBIJAK PERSIS INSAN LAIN
Membuat citaku tak kesampaian

Mujurlah sempat ku kikis sikap itu
MASA DEPANKU AKU YANG MENENTUKANNYA
KEJAYAAN BUKAN PERCUMA
MALAS USAHA KELOMPANG JIWA

Telah ku bukti pada semua
BERSUNGGUH PASTI KAN BERJAYA
Ku kini mampu melakukannya

Jangan jemu pada ilmu
Dengannya kita akan dimulia
Jadilah orang yang berguna

TUHAN TAK AKAN MENGUBAH NASIB KITA
SELAGI TAK USAHA KEPADA YANG LEBIH BAIK
Jika tak tahu bertanya orang bijaksana
Setelah berjaya..janganlah alpa

Saat ini ku bertanya
Apakah kegagalan itu hina
Oh kerananya I gonnna be somebody

Thursday, September 24, 2009

Melayu, Cina dan .......

bayangkan kalau anda sedang memandu dengan tenang bersama keluarga, tiba-tiba ada pemandu berbangsa cina, memintas anda dengan bahaya, apa yang anda sebut ketika itu? pasti anda akan cakap:
"eh, cina ni, nak pandu kereta tu pandu la elok-elok";

bayangkan keadaan yang sama sekali lagi, tapi pemandu yang memintas anda itu berbangsa melayu seperti anda, pasti anda akan sebut:
"eh, orang ni nak pandu kereta tu pandu la elok-elok".

betul tak?

kenapa bila pemandu melayu tu memintas, kita tak sebut "isy, melayu ni..." tapi bila pemandu cina itu yang memintas kita sebut "isy, cina ni..."?

mungkin kalau kita perasan sesuatu di sini, apabila kita menyebutkan "isy, melayu ni...", bukankah kita seolah-olah mengutuk seluruh bangsa melayu?

tapi tidakkah serupa, apabila kita menyebut "isy, cina ni...", bukankah kita seolah-olah meletakkan kesalahan tersebut kepada seluruh bangsa cina? padahal, yang berbuat kesalahan tersebut hanya seorang?

mungkin kita terlepas pandang perkara ini, atau mungkin perkara ini tidak layak untuk dipandang.

sekadar pandangan dari peninjau yang rabun...

wallahua'lam



Friday, September 18, 2009

First time blogging

assalamualaikum....

hye everybody, this is my very first time in this world of blogs, be happy to share tips, opinions, comments, critics and anything with me and this blogs whenever you feel happy to do that.

Happy to be guided, hajimemashte!