hati bercerita,
tiba-tiba kurasa
seolah ada si dia,
mengetuk pintu kecilku.
hati bercerita,
tiba-tiba kurasa,
telahku ketemu,
dia yang lengkapi diriku.
hati bercerita,
tiba-tiba dalam jiwa,
seolah melihat ,
hanya ada dia dan aku.
hati lantas bertanya,
cinta, kamukah itu?
cinta lalu menjawab,
duhai hati,
kau umpama tanah,
aku umpama bunga,
untuk hidup padamu,
kuperlukan air dan baja,
namun, kau gersang duhai hati,
tak mungkin aku subur padamu!
hati bertanya lagi,
kalau begitu apakah ini, cinta?
cinta berkata,
duhai hati,
ketahuilah kamu,
aku punya lawan,
bisa menyamar diriku,
namun dia berbeza,
bagaikan kaktus,
mampu hidup di tanah gersang,
itulah nafsu!
awas duhai hati,
nafsu itu bagai api,
hanya mampu membakar,
tak mampu mengubati,
mengubah dirimu menjadi arang,
yang hanya mampu membakar lagi.
sedar duhai hati,
nafsu dan syaitan takkan pernah mahu berhenti,
ingin menguasai sekeping hati,
kerna kaulah raja diri.
dengar duhai hati,
siramkanlah dirimu dengan air iman,
bajailah dengan taqwa pada Tuhan,
supaya nafsu itu terus berlalu,
diganti cinta pada Ilah-mu.
itulah cinta andai kau mahu kenali,
cinta sejati hanya pada Rabbi,
menyuburkan tanahmu wahai hati,
menjadikan kau seorang pemberi,
memberikan buah dari bunga cinta Ilahi.
isnin
24 Mei 2010
10 Jamadil Akhir 1431
3.44 pagi.
Sunday, May 23, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)